Khamis, 30 Disember 2010
AmAnAh DaN tAnGgUnGjAwAb
Selasa, 28 Disember 2010
CiNtA AlLaH HiDuP JaDi InDaH.


Ada orang kata, cinta ibarat garam di dalam masakan. jika garam tiada langsung, maka masakan akan menjadi tawar dan tidak enak. jika berlebihan pula, makanan menjadi terlalu masin dan tidak enak. maka sebaiknya gunakan lah secara serdahana, makanan sudah tentu menjadi sedapa lagi menyelerakan.Khamis, 9 Disember 2010
Give Medical Treatment To Heart..

“Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi ubat dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi”.
Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya. Allah SWT ada menyebut dalam Al Quran bahawa orang mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran Islam atau ajaran Allah.
“Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata-kata kami dengar dan kami patuh.”
Malam Yang Penuh Dengan Ketenangan..(sunnat sebelom tidur)


Hendaknya tidur dalam keadaan sudah berwudhu, sebagaimana hadis: “Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan sholat.” (HR. Al-Bukhari No. 247 dan Muslim No. 2710)
Hendaknya mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan sebagai tumpuan) dan berbantal dengan tangan kanan, tidak mengapa apabila setelahnya berubah posisinya di atas sisi kiri (rusuk kiri sebagai tumpuan). Hal ini berdasarkan sabda Rosululloh: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya.” (HR. Abu Dawud no. 5045, At Tirmidzi No. 3395, Ibnu Majah No. 3877 dan Ibnu Hibban No. 2350)
Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya(telentang) baik ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur tengkurap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Dawud dengan sanad yang shohih)
Membaca ayat-ayat Al-Qur’an, antara lain:
a) Membaca ayat kursi.
b) Membaca dua ayat terakhir dari surat Al-Baqoroh.
c) Mengatupkan dua telapak tangan lalu ditiup dan dibacakan surat Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas kemudian dengan dua telapak tangan mengusap bahagian tubuh yang dapat dijangkau dengannya bermula dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan, hal ini diulangi sebanyak 3 kali (HR. Al-Bukhari dalam Fathul Bari XI/277 No. 4439, 5016 (cet. Daar Abi Hayan) Muslim No. 2192, Abu Dawud No. 3902, At-Tirmidzi)
Hendaknya mengakhiri pelbagai doa tidur dengan doa berikut:
باسمك ربيوضعت جنبي وبك أرفعه إن أ مسكت نفسي فا ر حمها و إ ن أ ر سلتها فاحفظها بما تحفظ به عبادك الصا لحين
“Bismikarabbii wa dho’tu jambii wa bika arfa’uhu in amsakta nafsii farhamhaa wa in arsaltahaa fahfazhhaa bimaa tahfazha bihi ‘ibaadakasshaalihiin.”
“Dengan Nama-Mu, ya Rabb-ku, aku meletakkan lambungku. Dan dengan Nama-Mu pula aku bangun daripadanya. Apabila Engkau menahan rohku (mati), maka berilah rahmat padanya. Tapi apabila Engkau melepaskannya, maka peliharalah, sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang soleh.” (HR. Al-Bukhari No. 6320, Muslim No. 2714,
Jumaat, 26 November 2010
StOrY BeRkHaTaN NaDiKu
SoLaT TaHaJuD uSiR pEnYaKiT
TIDAK dapat dinafikan tidur adalah satu amalan yang perlu dan pasti bagi setiap insan yang menghuni alam yang fana ini.Manusia bukannya enjin.Ia tidak dapat bekerja tanpa rehat. Enjin boleh digerakkan tanpa rehat selagi perkara yang diperlukan olehnya seperti minyak dan sebagainya dapat kita penuhi.
Manusia walau pun mendapat cukup makan dan minum akan merasa penat sekiranya bekerja terus menerus tanpa rehat. Tanpa rehat, tenaga manusia akan terus berkurangan. Cara berehat sebaik-baiknya bagi manusia bukanlah dengan berhenti bekerja, tetapi dengan tidur.Melalui tidur tenaga manusia yang digunakan semasa bekerja dapat dipulihkan kembali kerana pada waktu tidurlah segala anggota yang diguna untuk bekerja berhenti daripada tugasnya.
Motif Allah menjadikan manusia jelas dinyatakan dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat menyembah-Ku.” (Surah Az-Dzaariyaat ayat 56) Daripada ayat di atas dapatlah kita mengambil pengajaran bagaimana kita harus menggunakan waktu malam. Jika pada siang kita menggunakan kira-kira 100 peratus masa untuk kerja dunia, pada waktu malam biarlah kita peruntukkan sebahagiannya untuk berhubung dengan Allah.
Dan cara yang sebaik-baiknya untuk berhubungan dengan Allah ialah bangun mengerjakan solat Tahajud atau sembahyang tengah malam.Sesungguhnya, bangun di tengah malam untuk bertahajud banyak kelebihan dan besar pahalanya. Ini jelas dari Firman Allah yang bermaksud: “Dan dari malam itu hendaklah engkau bangun Tahajud sebagai nafilah (ibadat tambahan) bagimu. Moga- moga Allah akan mengang kat mu ke tingkat yang terpuji.” (Surah Al-Israk ayat 79) Amalan untuk bangun bertahajud adalah satu perbuatan yang amat berat untuk mengerjakannya.
renung-renungkan dan selamat beramal...
RaNjAu-RaNjAu KeHiDuPaN MaNuSiA
setiap manusia akan merasai mati...
setiap manusia juga akan merasai saat perpisahan....
setiap manusia akan melakukan kesalahan...
setiap manusia boleh untuk bertaubat...
MANUSIA...
manusia mempunyai 7 huruf...
manusia merupakan ciptaan yang sebaik-baik nya..
manusia mempunyai akal untuk berfikir...
tetapi kenapa manusia tidak menggunakan akal tesebut dengan sebaik mungkin...
KENAPA,KENAPA,KENAPA....
MANUSIA...
fikir-fikirkan lah...
Khamis, 25 November 2010
SELAMAT TINGGAL SEKOLAHKU
selamat tinggal sekolah....
merupakan detik-detik yang dinantikan oleh kanak-kanak amnya dan pelajar khususnya....
selamat tinggal sekolah bukan makna meninggalkan semua buku...
TETAPI..
masa cuti sekolah la masa untuk kita mengaji matapelajaran kita..
sebelum kita melangkah ke tangga yg baru...
ilmu ibarat menguyah makanan sebelum ditelan....
jika ilmu tidak diberi perhatian..
nescaya ilmu akan hilang dari kotak fikiran kita
perkataan MALAS haruslah tidak ada didalam kamus diri sesorang....
kerana jika ada perkataan tersebut dalam diri setiap pelajar...
nescaya ia akan merugikan kita....
seperti kata Dato' Fadhilah Kamsah...
ilmu yang tidak diamalkan ataupun digunakan dalam 1 hari....30% akan hilang..
jika tidak digunakan dalam 2 hari...70% akan hilang..
jika tidak digunakn dalam 3 hari....100% akan hilang..
renungkan dan selamat beramal....
sekian...assalmualaikum w.b.t.