BiSmILaH

Khamis, 30 Disember 2010

AmAnAh DaN tAnGgUnGjAwAb

Assalamualaikum W.B.T..
semoga pembaca sihat sentiasa dan diberi pelindung oleh Allah S.W.T..

31/12/10 tarikh yg pnuh bermkne kerana distulah bermulanya tanggungjwab dan amanah yg harusku pikul untuk melaksanakan dengan sempurna. walaupun ku tahu ku ini bukan lagi tidak boleh untuk memikul tanggungjawab dan amanah yg mampu memberikan ilmu dan pengalaman yg berguna.

ku tahu amanah ini berat bt ku kerana ini lah kali pertama ku mendapat amanah yg seberat ini tp ku yakin jika kita berniat dengan betul kerana Allah nescaya Allah akan membantu kita. teringit pula satu perkataan ni:
"jika kita selesaikan urusan Allah, maka Allah akn selasaikan urusan kita kelak"

wah!!...

ku rasa satu nafas yg penuh dengan semangat telah masuk ke dalam rongga hidung ku dan membuatkan ku berasa sangat bersemangat untuk melakukan amanah tersebut dengan penuh ketaqwaan kepada Allah.

bercerita mengenai selesaikan urusan Allah, maka Allaha akn selesaikan urusan kita, teringit pula dengan satu kisah ni:
Pada zaman khalifah Umar Abdul Aziz, tiada langsung orang miskin dan tiada langsung yang layak untuk menerima zakat pada waktu itu. akhirnya, Baitul mal, tempat menyimpan zakat penuh dan tidak tahu hendak dialirkan ke mana. akhirnya, wang tersebut digunakan untuk mengawinkan lelaki yang tidak mampu untuk berkawin dan untuk membebaskan hamba.
Pada zaman itu, ternyata harmoni dan aman. kalau anda nk tahu, Khalifah Umar Abdul Aziz ini hanya memerintah hanya la 2 tahun sahaja. Beliau meninggal dunia kerana diracuni oleh manusia yg berhasad dengki kepada beliau. Lihat, ajaibkan?? beliau berjaya meningkatkan pentadbiran negaranya xsampai setahun pun.
Pada zaman itu,rompakan xpernah belaku kerana rakyatnya sangat taat dan patuh kepada pemimpin. apabila ditanya kepada Khalifah Umar Abdul Aziz:
"Apakah rahsia kejayaan membentuk kerajaan yang bergitu rupa" dan beliau berkata
"Aku menyelesaikan urusan aku dengan Allah dahulu, maka Allah akan menyelesaikan urusanku, rakyatku dan kerajaanku.

haa...!!!

macam tu lah rahsia yg digunakn oleh Umar Abdul Aziz..
marilah kita melaksakan urusan Allah dahulu, maka Allah akan melaksankan urusan kita.
Adakah kita tidak mahu mengunakan cara ataupun langkah yg digunakan oleh Umar Abdul Aziz tersebut???
Adakah kita sudah berpuas hati dengan apa yg kita miliki sekarang??
Adakah kita sudah bangga dengan pencapaian kita??

Pikir-pikirkan lah wahai sahabat-sahabatku..
semoga kita berada dibawah perlindungan Allah S.W.T.
AMEEN...

Selasa, 28 Disember 2010

CiNtA AlLaH HiDuP JaDi InDaH.

Keluarkan Pemformatan daripada pemilihan

Ada orang kata, cinta ibarat garam di dalam masakan. jika garam tiada langsung, maka masakan akan menjadi tawar dan tidak enak. jika berlebihan pula, makanan menjadi terlalu masin dan tidak enak. maka sebaiknya gunakan lah secara serdahana, makanan sudah tentu menjadi sedapa lagi menyelerakan.

Pendapat saya, cinta juga begitu. jika kita tiada langsung cinta , maka hidup kita tidak bermakna. hidup kita akan menjadi"tawar", kosong dan tidak menggembirakan. bagi kita hidup sering diulit cinta, mungkin kurang berkesan dengan kata2 ini, tetapi bagi mereka yang hidup tanpa cinta, dia akan mengatui kebenaran bicara ini. sebaliknya, jika berlebihan pula, maka cinta itu akan memusnahkan diri. emosi biasanya akan menewaskan pemikiran. namun jika cinta itu dikawal, disalurkan dengan betul, maka hidup akan menjadi lebih indah.

Al-Mutanabbi ada berkata,
"cinta itu lebih tua daripada alam ini, kerana atas dasar cintalah Tuhan menciptakan alam ini.
Wah...!
Jesteru, seseorang itu tidak hidup sebenarnya, jika hidup tidak mempunyai cinta. kehidupan dan cinta mempunyai ikatan yang erat. tiadalah kehidupan itu tanpa cinta sebenarnya. sebab itulah manusia biasa menyatakan bahawa cinta itu fitrah.

Kalau anda pernah membaca buku ketika cinta bertasbih, ayat-ayat cinta, anda akan dapat lebih menghayati tentang betapa cinta itu penting dalam hayat seorang insan.

Banyak orang yang berbicara tentang cinta, maka akan merujuk kepada cinta sesama manusia. itulah cinta yang diagungkannya. pada pandangan saya, rujukan itu kurang tepat kerana cinta kepada manusia. sebenarnya cinta terdapat satu cinta yang agung, jika mendahuukan cinta ini, maka segala cinta yang lain akan menjadi agung juga.

Itulah cdia cinta kepada Allah SWT.

Oleh sebab cinta ini berkait rapat dengan kehidupan, maka saya suka kalau kita membicarakan sekitar cinta ini.

Adakah anda ingin cinta yang memberikan keindahan dalam hidup anda???
Bahagia dunia dan akhirat sekali gus???
Apa kata kita pergi mencari cinta....
Cinta yang sebenar-benarnya...


Khamis, 9 Disember 2010

Give Medical Treatment To Heart..


Di dalam ajaran Islam semua masalah, ada jalan penyelesaiannya atau jalan keluar untuk mengatasi masalah, faham atau tidak sahaja atau mahu atau tidak kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat, penyelesai semua masalah. Al Quran ada menyatakan:

FIRMAN ALLAH:

“Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi ubat dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi”.

Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya. Allah SWT ada menyebut dalam Al Quran bahawa orang mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran Islam atau ajaran Allah.

FIRMAN ALLAH:

“Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata-kata kami dengar dan kami patuh.”

Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, berkira dengan orang Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam sangat susah. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada Allah SWT dan Rasulnya, lebih liat lagi. Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya Allah SWT memberitahu di dalam satu ayat berbunyi:

“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.”

Di sini tahulah kita ubat hati tidak tenang ialah banyak mengingati Allah SWT. Apabila banyak meningati Allah SWT, jika tidak tenang atau terasa kosong. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi;“Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.”
Maksudnya, orang menolak atau melupai Tuhan serta tidak faham apa yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa yang Allah lakukan pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah, resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.

Malam Yang Penuh Dengan Ketenangan..(sunnat sebelom tidur)


jam sdah menunjukan pukul 2 am, ayam dikawasan umah sdah berkokok dan cengkerik mengeluarkan bunyi sebagai lagu untuk manusia tidur dengan lebih lena, udara sejuk suam disekiling meembuatkan mata seorang hamba Allah masih lagi tidak dapat dilelapkan walaupun masa tidur telah lama berlalu dan pergi. dengan berbekalkan bilik yang serdahana besar ini, tangan hamba Allah ini masih lagi ligat menulis bait ayat untuk memenuhi malam yang penuh dengan barakah.
marilah bersama-sama kita mengamalkan perkara yg dilakukan oleh Rasulullah sebelum Baginda tidur supaya kita dapat menjadi manusia yg berjaya didunia dan diakhirat.




“Bahwasanya Rosululloh sholallahu ‘allaihi wassalam membenci tidur malam sebelum (solat Isya) dan berbincang-bincang (yang tidak bermanfaat) setelahnya.” [Hadist Riwayat Al-Bukhari No. 568 dan Muslim No. 647 (235)]

Hendaknya tidur dalam keadaan sudah berwudhu, sebagaimana hadis: “Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan sholat.” (HR. Al-Bukhari No. 247 dan Muslim No. 2710)

Hendaknya mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan sebagai tumpuan) dan berbantal dengan tangan kanan, tidak mengapa apabila setelahnya berubah posisinya di atas sisi kiri (rusuk kiri sebagai tumpuan). Hal ini berdasarkan sabda Rosululloh: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya.” (HR. Abu Dawud no. 5045, At Tirmidzi No. 3395, Ibnu Majah No. 3877 dan Ibnu Hibban No. 2350)

Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya(telentang) baik ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur tengkurap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Dawud dengan sanad yang shohih)

Membaca ayat-ayat Al-Qur’an, antara lain:

a) Membaca ayat kursi.
b) Membaca dua ayat terakhir dari surat Al-Baqoroh.
c) Mengatupkan dua telapak tangan lalu ditiup dan dibacakan surat Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas kemudian dengan dua telapak tangan mengusap bahagian tubuh yang dapat dijangkau dengannya bermula dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan, hal ini diulangi sebanyak 3 kali (HR. Al-Bukhari dalam Fathul Bari XI/277 No. 4439, 5016 (cet. Daar Abi Hayan) Muslim No. 2192, Abu Dawud No. 3902, At-Tirmidzi)

Hendaknya mengakhiri pelbagai doa tidur dengan doa berikut:

باسمك ربيوضعت جنبي وبك أرفعه إن أ مسكت نفسي فا ر حمها و إ ن أ ر سلتها فاحفظها بما تحفظ به عبادك الصا لحين

“Bismikarabbii wa dho’tu jambii wa bika arfa’uhu in amsakta nafsii farhamhaa wa in arsaltahaa fahfazhhaa bimaa tahfazha bihi ‘ibaadakasshaalihiin.”

“Dengan Nama-Mu, ya Rabb-ku, aku meletakkan lambungku. Dan dengan Nama-Mu pula aku bangun daripadanya. Apabila Engkau menahan rohku (mati), maka berilah rahmat padanya. Tapi apabila Engkau melepaskannya, maka peliharalah, sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang soleh.” (HR. Al-Bukhari No. 6320, Muslim No. 2714,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...